Monday, May 9, 2011

Cinta Sesungguhnya

...lalu aku jatuh cinta
tapi
bukan kerana pandang pertama
bukan juga kerana jelingan kedua
sama sekali tidak kerana jelingan ketiga

tapi
sukar untuk aku suarakan...
kerana cinta itu
sememangnya sukar difahami
tapi mudah dihayati

tertoleh, terpandang, terlihat
pun jua satu kelibat
tak bisa meruntuhkan
rasa lelahku mengingatimu...

terbuang, terlempar dan terlontar
pun jua satu kesakitan
tak bisa menindih
rasa keperitanku
mengenangmu...

terdasar di hati ini
cuma ada kamu...

2 comments:

  1. erm...cinta..haha...seronok ke?..cecita kat aku ckit..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete